Wednesday, December 25, 2013

ILMU ----- medium ke arah mengembalikan Islam ke seluruh dunia (salah satu la)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Tadi, aku baru sahaja buat bacaan pasal serangan ke atas orang Kristian yang menyambut Krismas oleh orang Iraq.

http://news.yahoo.com/christmas-day-bombings-iraq-39-capital-kill-37-140523489.html

Kebanyakan yang komen macam 'condemn' Islam dan menganggap orang Islam ini sebagai ekstremis.
Agak sedih, membaca kata-kata nista itu.

Pertama-Sesuatu berita itu susah untuk mengetahui kesahihannya dek kerana ramai pihak yanng seringkali kita dengar, suka memanipulasikan maklumat, membelitkan fakta. Itulah yang seringkali berlaku, bukan? Itulah dunia zaman sekarang. Betulkah macam tu je kejadian tu berlaku? WaAllahua'lam.

Kedua-Bukan semua orang Islam baik dan sempurna. Ada saja yang masih lagi jahil, yang banyak kekurangan dari segi ilmu, Islam sekadar atas nama, dan sebagainya lagi. Kalau ikutkan nafsu(jahat), binasalah orang itu. Nauzubillah. Ya, Muslim, mungkin ada yang ekstremis. Apakah fahaman orang-orang yang ekstrem itu?
Sesungguhnya, Islam mengajar supaya menghormati individu-individu yang beragama bukan Islam.

Aku tidak suka bila ada yang mengatakan Muslim itu pengganas. Fakta diputarbelitkan untuk menampakkan orang Islam itu adalah pengganas, sedangkan diorang yang ganas!
Duduklah dekat Malaysia, Brunei, Indonesia...orang yang kuat agama tidak ada pun menunjukkan keganasan sama ada dari luar apatah dari dalam...macam mana tu.

Siapa yang menghancurkan Nagasaki dan Hiroshima pada satu ketika dulu?
Siapa yang melepaskan bomb kimia?
Siapa yang entah apa-apa pergi pukul, tembak budak-budak kecil dekat Palestin?

Memang betullah, kata-kata ini; yang buruk nampak, yang baik tak nampak (I dont know the actual idiom, huhu)

Muslim di Asia Tenggara, kebanyakannya masih aman secara fizikalnya. Alhamdulillah. Tetapi bagaimana pula dari segi dalamannya? Kita tak kuat dari segi dalaman, semua. Allah S.W.T mengurniakan suasana aman dekat kita tetapi, kita lalai dengan ujian tu; Solat tidak punctual, lalai dengan hiburan, mementingkan ilmu dunia hingga lalai pada amalan yang membawa kebahagiaan di akhirat sana.

Dunia yang fana ini bukanlah untuk orang Islam.

Jom semua!
Jom kita tegakkan Islam dengan berjihad dalam Ilmu!!
Belajarlah untuk disayangi oleh Allah!
Belajar untuk mendapat Redha dan Cinta-Nya!
Bersungguh-sungguh belajar supaya dapat kita memberi sumbangan!

#rindu bahasa arab.

Semua insan diuji..orang yang berkata-kata itu juga akan diuji dengan kata-katanya itu.
Apakah boleh kata-kata itu dibuktikan melalui 'action'?

In shaaa Allah boleh!

Wassalam...

aiii..banyaknya kekurangan aku...saudara-saudari semua, if aku ada salah silap, tolonglah ampunkan aku dan tegurlah aku, in shaaa Allah aku boleh menerimanya. Jangan cakap belakang deh. Aku pun tak nak mengumpat dan diumpat. Bahaya.

No comments:

Post a Comment

Raihlah cinta Ilahi =D